Monday, May 21, 2012

Macam mana nak bagi laju sikit PC kita...


Baru-baru ni kawan aku yang sorang ni mintak tolong repair dia punya laptop. Wah. Me-repair laptop dia suruh aku??! Haha. Dia ingat aku ni ape? Pelik aku. Katanya laptop dia lembap dan agak slow.

Aku bukanlah expert sangat bab repair merepair ni. Setakat format pc, intall tu ini ye la boleh.. Tapi, repair-repair ni bukan bidang aku… Memandangkan kawan aku ni urgent sangat nk guna laptop dia ni, aku pun tolong-tolong la tengok sikit mana yang perlu… Kot-kot la boleh bantu…

Banyak benda yang menyebabkan pc kita ni jadi slow. (PC or laptop). Nak kata ram tak cukup, sekarang ni, sume laptop baru dah di pre-upgrade kan dengan ram yang maha beso compare dengan laptop zaman-zaman study aku dulu.. 2GB, 3GB lah.. tu yang minimum kot la ni.

Dah digodek2 laptop member aku, then ade la kelajuan sikit. Tak macam siput sebelum aku menggodek.

Antara benda yang aku buat:

  1. Remove semua internet temporary files yang dok melambak tu, then clean recycle bin, remove temporary windows file etc. Buang segala macam file2 yang tak guna.. Sebab selalunya bila kita visit mana2 page dekat internet, selalu pc akan store semua cache data. Bnyk2 benda dia dok store, lama2 dia akan makan space dlm hard disk kita. Walaupun hard disk la ni besaq gila, bagi aku benda2  yang tak patut ni perlu di didelete pasal semua benda ni takdak guna dan makan space saja. Heee

  1. Dah delete semua kat recycle bin, aku buat disk cleanup pulak. Cara ni bagus nak bagi space sikit kat hard disk kita. Selalunya benda ni ada dalam Windows XP. Yang lain tak sure heee.. Senang saja :
Klik Start >> Programs >> Accessories >> System Tools >> Disk Cleanup
Pastu pilih file mana nak delete then klik OK..

Selalunya aku pilih Temporary internet files, Old Chkdsk files dengan Temporary files.

  1. Uninstall program yang size dia maha besaq. Remove ja la game2 bodoh yang kita dok save tu. Pastu benda2 yang kita intall tapi jarang guna.. Dulu kawan-kawan aku ada yang install sampai dua anti-virus dalam satu PC. Rasanya tak perlu. Kadang-kadang, dia tak compatible dengan PC kita, akibatnya PC akan jadi lembap dan slow nak mampuih. Maintain satu je cukup.

  1. Defragment PC disk                                                                                                                  Macam mana? Senang ja. P kat Start >> All Programs >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter… Then pilih le nk defragment yang mana satu… Ni darjah satu pun selalu buat.. =.=

  1. Nak bagi laju time start windows.
P kat Start >> All Program >> Start up… Tengok kat start up ni. Kalau banyak sangat, buang mana yang tak perlu. Lagi bnyk, lagi lama masa pc nk start operate…

  1. Ni satu lagi.
P Start >> Run
Dekat sini taipkan ‘msconfig’. Pastu  bila keluaq windows kecik tu, p kat tab ‘Startup’. Dekat sini kita boleh pilih, program mana yang kita nk skip time start.
Lepas de-select yang mana tak perlu, klik apply. Then, kena re-start rasa, kalau nk immediate effect la. Kalau tak, restart later kot.

Ni je la serba sikit yang aku tau untuk di kongsi.. Aku pun bukan le pakar sangat bab-bab computer ni tapi at least ade la benda untuk di kongsi… =]

P/S: Kalau ada pakar computer out there yang power dan detect aku ni bagi info tak betul, sila lah betulkan saya ye… 

No comments: