Monday, January 2, 2012

New Year @ Cameron Highlands

Mode: Baru lepas balik dari Cameron Highland.


Ade family gathering dekat sana. Tak besar mana pun gatheringnyaa.. Just 3-4 family yang join. Belah bapak saye. Sekarang Cameron agak sejuk. Sebab musim hujan agaknya.. Memandangkan ini first time parents saya ke Cameron, mereka mungkin agak terkejut sebab Cameron agak sejuk berbanding tempat lain.

Apartment yang kami sewa memang agak murah berbanding yang lain. RM300 bagi sebuah apartment 3 bilik, lengkap semua kelengkapan. Tambahan pulak aku tempah last minute. Lagi 3 hari nak pergi. Dan jugak New Year. Yup. New year. Ramai orang bercuti pada hujung tahun. Mungkin ada yang mahu menyambut New Year di Cameron. Belipat ganda harga hotel & apartment di sana. Nasib aku memang baik bila dapat book apartment ni. Luas. Bersih. Menarik. Harga yang berbaloi-baloi orang kata.. Area Tanah Rata..

Bapak aku siap sponsor durian setengah bonet. –Durian baru luruh minggu pertama untuk musim kali ini. Kereta aku penuh nak isi bapak aku punya buah-buahan tu.. Untuk Pak Teh & Pak Su aku katanya..Adoi..
Malam minggu kami ke Pasar Malam di Brinchang. Banyak jugak benda menarik di jual di sana. Aku sempat merembat sehelai baju I LOVE CAMERON HIGHLANDS. Adik aku pun sama. Buat kenang-kenangan katanya..

Mak saya ade rembat kaktus kecik beberapa pot..

* Entry ni tak cakap pasal new year pun..



0 comments: